Saturday, February 28, 2009

test

TENTERA BERHUTANG CETI SARA HIDUP DIRI & KELUARGA?

Di mana silapnya? Gaji yang dikatakan mencukupi setelah penyelarasan dibuat pada Julai 2007 nampaknya belum lagi menstabilkan hidup anggota Lain-Lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia yang begitu tertekan memandangkan kos sara hidup yang tinggi membuatkan kesempitan hidup amat memeritkan. Berlainan dengan Pegawai yang nyata gaji melebihi tahap bawah kemiskinan iaitu kira-kira RM2500 ke atas berbanding RM1300 ke bawah yang dinikmati oleh anggota LLP yang berpangkat Koperal ke bawah.
-----
Memadaikah dengan gaji ini? Bayangkanlah, gaji bersih anggota Tentera berpangkat LLP ada mencapai tahap RM50 sebulan? Di mana keprihatinan anggota atasan yang kononnya ingin membantu anggota bawahan? Adakah hanya menanam tebu di pinggir bibir sahaja? Itu belum dikira lagi dengan anggota yang isterinya tidak bekerja. Bayar kereta, bayar hutang perumahan, bayaran LTAT, Ransum, PERNAMA, Koperasi dan sebagainya. Pinjaman Koperasi dilakukan kerana menanpung kehidupan anggota seperti ingin berkahwin atau membantu kehidupan orang tua (ibu bapa) membesarkan rumah dan sebagainya.
-----
Keperihatinan anggota menyebabkan keperitan hidup amat sempit hingga terpaksa meminjam dari ALONG (Ceti) kerana gaji yang dinikmati setelah dipotong semua sekali adalah tidak mencukupi. Dianggarkan sekitar 40% anggota Tentera meminjam CETI di seluruh negara. Angka yang amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian yang serius.Kadar bunga yang di kenakan oleh CETI adalah tinggi dan rata-rata yang ditemui terpaksa menanggung kerumitan itu kerana tidak berdaya untuk menampung kos sara hidup dan itulah sahaja alternatif yang mereka ada. Majoriti anggota Tentera yang bujang mahupun berkahwin apabila tiba pertengahan bulan mengalas perut dengan MAGGIE serta roti kering.

Amat menyedihkan buat warga Tentera yang mempertahankan negara hidup sebegitu daif untuk menanggung kos sara hidup mereka. Apa yang kepimpinan tertinggi telah lakukan buat masa ini? Tiada pun di praktikkan Sistem Pegawai Bahagian bagi mendengar rintihan dan luahan tangisan anggota LLP ini. Sekiranya ada pun, mereka hanya mampu mendengar dan memberikan nasihat. Mengapa tidak diadukan pada peringkat yang tertinggi? Adakah perlu hingga dibawa ke akhbar dan berita TV baru hendak bertindak seperti kes penderaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini?
-----
Dah tersebar di TV mahupun akhbar, baru mahu ambil tindakan dan sekiranya tidak mendapat tahu dari akhbar dan berita, senyap dan kepimpinan tertinggi seolah-olah buat tak tahu dan pejamkan mata. Adakah bila sudah terhantuk baru hendak tergadah? Kepimpinan tertinggi seharusnya turun padang dan perlu mendengar luahan dan permasalahan anggota. Janganlah hanya Pegawai sahaja yang dititikberatkan seolah-olah anggota LLP seperti tiada kepentingannya. Janganlah hanya fikirkan diri dan perut sendiri tanpa mempedulikan kebajikan anggota bawahan. Sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
-----
Adakah apabila anggota mati seperti dibelasah ALONG, baru pihak yang terbabit mula gelabah dan baru mahu tindakan di buat bagi menyelesaikan permasalahan ini? Sebagai contoh, bila tiba gaji, malam itu pergilah di tempat CETI atau Pinjaman Wang Berlesen di sekitar bandar luar kem @ Pangkalan dan saksikanlah sendiri anggota tentera beratur di CETI berkenaan untuk mengambil gaji mereka seolah-olah CETI itulah yang membayar gaji mereka selama ini.


>>> Rumah CETI berhampiran Port Dickson ialah di Taman Melati (belakang Restoran JOM MAKAN) Bt.6 Telok Kemang.

03 February 2009

ANGGOTA TENTERA DI PORT DICKSON BERDEPAN DENGAN MASALAH PINJAMAN CETI?

The following new entry was posted by:
Angkatan Tentera (
http://angkatantentera.blogdrive.com/ )
Di mana silapnya? Gaji yang dikatakan telah mencukupi setelah penyelarasan dibuat pada bulan Julai 2007 nampaknya belum lagi menstabilkan hidup anggota Lain-Lain Pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia yang begitu tertekan memandangkan kos sara hidup yang tinggi membuatkan kesempitan hidup amat memeritkan.